Baru-baru ini di kaca TV, saya ditanya soalan, “Bilakah masa yang terbaik untuk mula mendidik anak mengenai kewangan?”. Jawapan saya adalah “Seawal yang mungkin”
Dalam soal kewangan, keluarga memainkan peranan penting. Tidak cukup, seorang isi rumah sahaja yang peka dengan kewangan, tetapi sekiranya suami, isteri atau anak-anak tidak mengambil berat soal menjaga kewangan keluarga, pastinya gagal juga mencapai matlamat kewangan anda.
Dalam hal ini, komunikasi bersama keluarga soal kewangan diperlukan. Sudah berlalu zaman “tak baik cakap pasal duit” dalam isi rumah. Suami dan isteri perlu tahu apa matlamat kewangan masing-masing, dan anak-anak juga patut ambil tahu kepentingan kewangan dalam keluarga.
Ketika anak masih kecil, biasakan sikecil menabung. Tidak semestinya mereka tahu jumlah wang, tetapi memadai apabila anda pulang dari rumah, dan mempunyai beberapa duit syiling dalam poket, berikan kepada anak kecil anda untuk masukkannya ke dalam tabung. Setiap hari, ibu atau ayah pulang dari rumah, anak memasukkan duit syiling ke dalam tabung.
Apa akan terjadi adalah, ia akan membiasakan anak anda menyimpan wang apabila diberi peluang. Memasukkan syiling ke dalam tabung akan menjadi tabiatnya sejak kecil lagi.
Apabila anak semakin besar, beri peluang kepada anak untuk mula “buat duit” dari rumah. Mungkin tidak dengan cara aktiviti rutin harian seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan malam atau keluar buang sampah dan memebersihkan rumah- kerana aktiviti ini sepatutnya menjadi aktiviti keluarga. Tetapi, dengan memeberi upah pada kerja-kerja yang mungkin dilakukan seminggu sekali seperti mencuci kereta, mengemaskan laman dan lain-lain.
Baru-baru ini, ada sepasang ibubapa memberitahu saya, anak mereka selalu boros dan meminta wang untuk membeli itu dan ini. Sehingga mereka membuat satu system di mana, anaknya itu perlu membuat kerja di rumah dan memperolehi pendapatan sendiri untuk membeli barangannya.
Apa yang terjadi adalah, apabila diberi upah dan wang yang dikumpulkan cukup untuk membeli barang yang diinginkan, anaknya itu tidak jadi membelinya. Dengan alasan, dirinya rasakan sayang membelanjakan wang yang dikumpulkan dari usaha sendiri! Misi selesai!
Apabila anak semakin membesar dan faham tentang wang, libatkan mereka dalam perbincangan kewangan. Sememangnya tidak perlu memberitahu jumlah atau nilai kewangan secara tepat, tetapi, galakkan mereka berfikir dalam bentuk yang lain. Sebagai contoh, cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi, berbincang dengan keluarga perancangan aktiviti yang ingin dilakukan.
Mungkin ingin pergi melancong jauh, sekiranya dalam bajet anda, maka bincang cara bagaimana hendak meminimakan kos melancong. Ataupun ingin pergi di tempat yang lebih dekat dan dapat membelanjakan lebih sedikit wang pada perkara-perkara lain. Beri pilihan supaya anak dapat melihat pilihan hidup yang perlu dilakukan dalam soal kewangan.
Ada juga kes saya sering dengar dimana isteri amat peka tentang simpanan dan menjana pendapatan untuk keluarga, tetapi, si suami pula sering menggunakan wang untuk gajet-gajet serta keretanya. Tidak kurang juga keadaan di mana suami amat ambil berat kewangan keluarga tetapi isteri pula sering membelanjakan pada pakaian dan aksesori. Masalah kewangan adalah isu yang amat menekankan, sehingga menjadi antara sebab perceraian.
Oleh itu, matlamat kewangan antara suami dan isteri perlu sejajar. Satu cara untuk melakukan ini adalah untuk berikan masa setiap mingu untuk memantau kewangan keluarga. Pernah saya menyebut, masalah kewangan adalah seperti masalah kesihatan. Perlu di kesan pada tahap awal supaya tidak merebak dengan lebih teruk dalam keluarga.
Dengan meletakkan masa setiap minggu berbincang tentang kewangan, ini memastikan matlamat kewangan adalah sejajar setiap masa. Bincang dan tetapkan bajet mingguan dan bulanan.
Soalan pembaca:
Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb Tanyakan soalan anda di sana!
Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb Tanyakan soalan anda di sana!
Syed Izwan, Petaling Jaya:Irfan, saya telah mula mengupah anak saya dengan kerja-kerja rumah, dan apa yang terjadi kini adalah anak saya mula berunding meminta upah yang lebihApa perlu saya lakukan?
Tahniah! Anda telah berjaya mendidik anak anda tentang kewangan. Apa yang terjadi adalah anak anda menghargai wang dan usahanya. Tambahan, anak anda menyuarakan kenaikan upah juga perlu dilihat sebagai sesuatu yang positif oleh kerana mempunyai kemahuan dan juga keberanian berunding- satu skil yang amat baik dipupuk ketika muda.
Apa yang anda boleh lakukan adalah, galakkan perbincangan dan perundingan.Capai sesuatu yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Mungkin untuk menaikkan upah, perlu membuat kerja tambahan. Apa pun, keadaan ini adalah proses perbincangan kewangan yang diperlukan.
Soalan pembaca:
Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb Tanyakan soalan anda di sana!
Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb Tanyakan soalan anda di sana!
Farouk bin Hassan, Langkawi:Apakah pendapat Irfan Khairi memberi kad kredit suplimen kepada ahli keluarga termasuk isteri dan juga anak-anak?
Memegang kad kredit memerlukan tanggungjawab yang besar. Baru-baru ini juga diumumkan begotu ramai pemegang kad kredit muflis akibat tidak bertanggungjawab dalam penggunaan. Anggap kad kredit sebagai satu kemudahan tidak membawa wang tunai, dan bukan untuk berhutang. Daripada kad kredit, apa kata galakkan penggunaan kad debit dikalangan keluarga
Dengan cara ini, anda dan juga ahli keluarga yang lain mendapat manfaat tidak membawa tunai yang banyak serata tempat, di samping dapat mengajar tanggunjawab untuk sentiasa hadkan perbelanjaan pada wang yang sedia ada dalam akaun kad debit. Keadaan menang dan menang!
No comments:
Post a Comment