Ramai yang tanya saya, apa yang saya buat dengan my first million ketika umur 25 tahun (lama dah tu… hampir 8 tahun lepas)! So, sini saya nak kongsikan. Bukan untuk banggakan diri, tetapi ada tip kewangan amat penting untuk dikongsikan.
Sebenarnya, saya tidak belanjakan kepada perkara-perkara mewah tetapi:
- Beli sebuah unit kondo secara cash. Kondo unit sederhana je… takdelah penthouse atau jenis mewah punya.
- Beli kereta secara cash… kereta pun kereta nasional. Bukan kereta Merc atau BMW
Kedua di atas, tak sampai separuh juta pun.
Satu tip kewangan yang amat penting adalah, untuk anda“protect” atau lindungi diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu apabila mampu. Ini kerana, dalam perniagaan (atau pun bukan perniagaan), macam-macam boleh berlaku. Mungkin satu tahun untung mendadak… mungkin tahun kemudian, mengalami kerugian!
Syukur alhamdulillah, apabila rezeki saya capai first million pada umur 25 tahun, saya perlu lindungi diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu. Dengan membeli kondo unit sederhana serta kereta secara cash, 2 perbelanjaan terbesar hidup seseorang telah dilangsaikan.
In other words, financially free- retire rich, retire young! Sekiranya apa-apa terjadi (harapnya tidak lah :)) rumah sudah dimiliki 100% dan kereta pun dah dimiliki 100%.
Apa yang kadang2 kita lihat adalah, apabila seseorang business man untung sejuta, terus beli kereta mewah (hutang), rumah mewah(hutang) segalanya mewah(hutang). Tidak sedar bahawa rezeki boleh ditarik balik bila-bila masa sahaja. Apabila terjadi, terpaksa bergadai semua harta dan hutang dikeliling pinggang. Doakan musibah ini tidak berlaku pada kita.
So, kunci kewangan #1, lindungi diri sendiri dan keluarga dahulu! Cover kereta & rumah yang asas dulu… tak perlu mewah.
Once yang asas dah cover, terpulang pada anda untuk bermewah-mewahan… saya pun, dah lepas ada rumah asas & kereta asas, baru lah beli rumah besar sikit (dream house) dan kereta import (untuk keselesaan keluarga).
In other words, dreamhouse & dreamcar adalah prioroti ke-2.Prioriti pertama adalah lindungi diri dan keluarga dahulu! Dengan cara ini, kita mendapat ketenangan dalam fikiran dan tak perlu terkejar-kejar lagi dalam hidup
No comments:
Post a Comment