Lumrah hidup, adakalanya di atas, ada kalanya di bawah. Terlalu
banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti, itu lah lumrah
hidup. Bila di atas, adakalanya jatuh ke bawah. Bila di bawah, hanya ke
atas sahaja kita perlu tuju.
Adakalanya kita pernah mengalami kejayaan tidak kira dalam hidup,
karier atau keluarga. Adakalanya juga kita pernah jatuh tersungkir
dalam apa sahaja. Memang benar apa yang dikatakan sebagai hidup umpama
roda, kadang di atas, kadang di bawah.
Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur
dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak2 bersyukur dan terus
pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus
berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh
jatuh, yang bawah boleh naik
@irfankhairi.com/blog
No comments:
Post a Comment