Bagaimana hendak jadi KAYA?

Bagaimana hendak jadi kaya? Soalan yang sering sangat saya dengar. Pastinya anda yang membaca tajuk besar di atas juga mempunyai soalan yang sama bukan?

Apabila diberi mandat untuk menulis setiap minggu di Majalah M, amat saya seronok oleh kerana dapat sebarkan lagi mesej kekayaan, dan juga teknik kewangan kepada pembaca-pembaca setia Majalah M. Oleh itu, jangan lepaskan untuk mendapatkan Majalah M pada setiap minggu!
Masalah kewangan boleh diibaratkan seperti masalah kesihatan. Ianya lebih baik diketahui dari awal sebarang penyakit  dan halang sebelum atau tanda-tanda penyakiy itu  dapat dilihat.
Di minggu-minggu akan datang saya akan berkongsikan tentang strategi,  teknik dan tip-tip kewangan yang boleh membantu keadaan kewangan anda, tidak kira di tahap mana pun anda berada.
ifuwanttoberich
Namun, selain daripada berkongsi melalui pengalaman dan kepakaran saya, saya juga inginkan ruang ini menjadi lebih interaktif, di mana, saya dapat menjawab soalan perihal kewangan andapada  setiap minggu.  Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan, ajukan soalan-soalan anda melalui ruang Facebook saya di www.facebook.com/irfankhairi.fb
Berbalik kepada soalan asal. Bagaimana hendak menjadi kaya?
Percaya atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah berpunca dari sebab sindrom ‘tak mahu  kaya’? Ok, apa maksud saya?

Maksud saya adalah, jauh di sudut minda kita, mempunyai apa yang dikatakan sebagai “penghalang kekayaan” dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.

Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering sebut, “Duit banyok pun tak boleh bawok kubo”  (sah orang Perak!) di alih lorat Perak menjadi “Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur”.  Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya raya, tamak, sombong dan bongkak. Di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah pula, kawan-kawan (dan saya juga- pengakuan!) sering mengejek ‘anak orang-orang kaya’.  “Eleh, tengok anak orang kaya tu… macam bagus!” . Tak membantu juga, apabila dewasa membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar putih terpapar meibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.

Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang kekayaan. Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu lebih memberi impak kepada pemikiran kita.
Keadaan ini akan membuatkan kita takut pada wang, tak mahu bercakap tentang wang, dan sehingga tidak mahu ambil tahu perihal pengurusan kewangan. Buktinya, tidak ramai yang membincangkan perihal kewangan dan matlamat kewangan bersama keluarga. Ada juga keluarga yang menganggap topik ‘wang’ sebagai sesuatu yang pantang disebut!
Cute-Chimpanzees
Walaupun jauh disudut minda, perasaan ini akan menghalangkan kita mencapai matlamat kewangan kita. Apa yang terjadi adalah, kita sendiri telah mengsabotaj diri kita sebelum berusaha. Sebelum melakukan sesuatu untuk menambah baik kewangan, suara dalam diri sudah berbunyi “Eh… tak baik cakap pasal wang”, “Eh… buat apa buat duit banyak-banyak, bukan boleh bawak kubur”, “Eh… nanti buat duit banyak, apa pulak orang kata”. Maka, langkah pertama pula tidak di ambil tanpa disedari.

Tetapi, ada juga yang berjaya dalam kewangan, mendapat pendapatan yang baik, tetapi entah kenapa, hujung bulan tidak kira berapa pendapatan yang dapat, baki di bank hanya cukup-cukup makan sahaja. Atau sampai satu tahap, ia tidak naik-naik. Anda pernah merasakan keadaan ini?
Ini juga adalah akibat kita sabotaj diri sendiri. Kita telah mengaitkan mempunyai lebih wang sebagai sesuatu yang negatif. Sesuatu yang tidak patut kita punyai. Dan sesuatu yang tidak boleh usahakan lebih. Dan semua ini berlaku tanpa kita sedari – kita tidak mahu kaya!
Mulai minggu ini saya akan berikan anda strategi, teknik dan tip kewangan untuk menguasai kewangan anda. Sebelum itu, fikirkan apa yang telah saya kongsikan ini. Adakah anda sendiri telah sabotaj diri anda mengenai kewangan selama ini tanpa anda sedari? Adakah anda mengaitkan elemen negatif kepada wang? Adakah anda dapati sukar untuk meingkatkan keadaan kewangan anda dan tidak tahu mengapa?
Puncanya mungkin pada sindrom ‘tidak mahu kaya’ yang terbenam dalam minda separuh sedar anda yang selama ini menghalang anda mencapai kekayaan yang anda impikan. Ada lagi beberapa sebab mengapa anda tidak boleh kaya dan saya akan kongsikan dalam minggu-minggu akan datang. Buat masa ini, ketahui bahawa keadaan ini berlaku dalam minda anda dan kesedarannya akan membantu anda mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit kewangan. Kesedaran adalah kuasa untuk anda mengubahkannya!

Ikuti ruang saya, Irfan Khairi setiap minggu di Majalah M dan dapatkan strategi, teknik  serta tip kewangan dan kekayaan. Jangan lupa, ajukan soalan-soalan kewangan anda di Facebook saya,
www.facebook.com/irfankhairi.fb – soalan terpilih akan dipaparkan di ruangan WANG ANDA minggu hadapan. Sehingga kita berjumpa lagi – wang anda, kuasa anda!

@irfankhairi.com/blog

No comments:

Post a Comment