Otak kita mengandungi lebih dari 100 billion sel. Ianya lebih hebat
daripada komputer yang paling hebat yang pernah diciptakan. Hargai otak
kita dan gunakan dengan sempurna. Saintis mengatakan, kebanyakan manusia
hanya menggunakan 2% sahaja daripada kehebatan otak kita. Dan masih
banyak lagi ruang yang belum lagi diterokai.
Ramai antara kita yang mengalami masalah low self esteem,
di mana mengatakan kita ni tak sehebat orang lain, orang lain lagi
hebat dari kita dan kita tak mampu melakukan sesuatu yang hebat.
Selagi kita memiliki masalah self esteem ini, dan sabotaj diri kita
sendiri dengan kata-kata negatif ini, selagi itu, kita tidak dapat
mencungkil keupayaan sebenar otak kita.
Jadi, langkah pertama adalah, ubah suara-suara yang
terdapat DALAM DIRI KITA SENDIRI. Bukan suara orang lain pun. Sering
kali, ianya adalah suara kita sendiri yang meng-sabotaj dan mengatakan
kita tidak boleh.
Hargai otak kita. Apa yang kita fikirkan dalam otak kita adalah apa yang kita akan hasilkan luaran kita.
@irfankhairi.com/blog
No comments:
Post a Comment