Goyang kaki – Wang anda berganda 2!



Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan mengenai asas pelaburan. Asas pelaburan yang amat penting untuk semua ketahui adalah konsep “compounding”.
Compounding adalah konsep yang paling penting untuk anda fahami dan manfaatkan oleh kerana ia adalah kunci kekayaan & kebebasan kewangan.
Maksud compounding adalah wang yang anda laburkan, dan menerima pulangan pelaburan, akan berkembang dan menerima pulangan pelaburan pada tahun-tahun yang akan datang.
Maksudnya, sekiranya anda laburkan RM100 sahaja pada pelaburan yang memulangkan 10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan. RM121 tahun selepasnya. RM133.10 tahun berikutnya… dan seterusnya.
Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%, wang anda akan berganda 2.
  • Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh, akan menjadi RM200.
  • Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh selama 7 tahun, ia akan menjadi RM2,000!
  • Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya, dan mempunyai RM1 juta. Di biarkan selama 7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi RM2 juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah, goyang kaki! :)Ini antara sebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya- mereka memahami konsep penting COMPOUNDING!
Jadi, daripada tip semalam, simpanan anda bulan-bulan 10% tu, laburkannya untuk mendapat pulangan 10% pula. Dan segala simpanan anda akan berganda dua kalidalam masa 7 tahun!
@irfankhairi.com/blog

No comments:

Post a Comment