Bila cari duit, duit cari kita

Ramai yang nak cari duit dan jadi kaya. Siapa tak nak cari duit bukan?
money-management.jpg
Tetapi apa yang kita perlu ingatkan juga adalah, cari duit adalah hanya sebahagian daripada mengumpul kekayaan. Apa yang ramai juga terlepas pandang adalah untuk simpan duit yang sedia ada dan kembangkannya!
Sekiranya kita pandai cari duit macam mana pun, tetapi, pengurusan kewangan kita mengalami kebocoran, maka, tak guna pun cari duit untuk kaya… duit tetap akan mengalir keluar.
Berikut adalah keadaan kebocoran wang yang sering terjadi ketika musim perayaan:
  • Time bulan tak puasa, makan minum sekeluarga RM40 sehari… tapi time bulan Ramadhan, makan minum sekeluarga sehari sampai RM60. Maklumlah, berselera melihat makanan di pasar Ramadhan ;)
  • Bila dekat nak raya, berbagai-bagai Sale akan di jalankan di pusat membeli belah. Time ni juga emosi membeli semakin meningkat- sehingga membeli barangan/perhiasan/pakaian yang murah… tetapi mungkin hanya untuk kegunaan sekali sahaja. Jaga-jaga emosi belian kita ketika Sale sana sini…
  • Tidak mempunya budget ketika puasa dan hari raya. Bila tidak ada budget, maka, lagi mudah wang mengalir keluar dari dompet kita. Penat je kita mencari duit kalau tiada budget diperuntukkan untuk musim perayaan. Sedar-sedar, lepas raya pun puasa sunat sebulan dua lagi… ;)
Kita perlu tahu cara-cara untuk menghalang segala kebocoran wang kita. Penat-penat kita cari duit, time-time musim perayaan ni, beringat-ingat lah juga untuk kurang berbelanja. Tampalkan segala kebocoran wang kita. Kita bukan sekadar puasa perut sahaja, apa kata puasa dompet juga ;)
Selamat cari duit & simpan duit yang telah di cari. Kongsikan tip-tip anda untuk berjimat ketika musim perayaan di sini!
@irfankhairi.com/blog

No comments:

Post a Comment