Ketahui Bagaimana Sistem Imun Bekerja..











Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat.

Makrofaj (atau fagosit) - Sel darah putih yang berbentuk seperti Pac-Man, merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan cepat menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya (seperti dalam permainan video Pac-Man). Namunkadangkala makrofaj tidak pasti sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan. Makrofaj sudah tentu tidak mahu memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari tubuh kita. Untuk membantunya mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan meminta bantuan SEL T-PEMBANTU.
SEL T-PEMBANTU.adalah dari kumpulan sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit.SEL T-PEMBANTU akan mendatangi dan melekatkan dirinya dengan makrofaj untuk membantu makrofaj mengenali sama ada yang berada dalam genggamannya itu kawan atau musuh. Sekiranya SEL T-PEMBANTU memutuskan ianya adalah musuh, ia akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai sitokines, yang memberi isyarat kepada sistem imun untuk bertindak dengan pantas. Ini merangsang sel-B untuk bertindak dan menarik lebih banyak makrofaj dan sel T-pembantu untuk datang menyelamat. Sekiranya sel T-pembantu tidak mengenali penceroboh asing tersebut, sistem imun akan menganggapnya sebagai kawan dan membiarkannya. Bayangkan apa yang akan terjadi. Ya, kita akan mendapat penyakit yang berpunca dari penceroboh (mikro-organisma) tersebut. Sebagai contoh virus SARS. Sistem imun kita tidak mengenali mikro-organisma yang kita atau ibu kita belum pernah terdedah kepadanya. TRANSFER FACTOR memainkan peranannya dengan membantu sel T-pembantu mengenali musuh yang datang menyerang.

Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang dapat menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus limfa untuk membina antibodi bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah dibina tadi.

Sel pembunuh semula jadi atau sel NK (natural killer) pula memusnahkan apa-apa yang berada di laluannya. Mereka menyemburkan sel yang dijangkiti dengan toksin dan enzim pemusnah, yang akan memusnahkan semua penceroboh asing atau sel yang tumbuh secara tidak normal seperti sel kanser. Apabila sel NK sudah mulai lemah atau tidak aktif dan tidak lagi berupaya memusnahkan sel kanser, disebabkan radikal bebas dan beberapa faktor lain, seseorang itu akan mendapat penyakit kanser.Memperkuatkan sel NK merupakan satu cara yang baik untuk kita memusnahkan sel kanser secara semulajadi (natural).TRANSFER FACTOR ADVANCE dan TRANSFER FACTOR PLUS masing-masing telah disahkan dapat meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 283% dan 437%.

Sel T-penindas boleh diibaratkan sebagai pasukan pengaman yang datang selepas penceroboh asing telah dimusnahkan dan untuk menenangkan gerak balas imun yang beraksi dengan hebat itu. Ia merupakan faktor penting dalam mengawal kerosakan tidak dijangka (collateral damage). Sekiranya gerak balas imun yang begitu aktif tidak dikawal, ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada tisu normal di sekelilingnya.Sekiranya sel T-penindas tidur dan tidak dapat mengawal gerak balas tersebut, kita akan mendapat penyakit yang dikategorikan di bawah penyakit autoimun.Terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun, contohnya adalah diabetes jenis 1, artritis reumatoid, psoriasis, sklerosis berganda dan lupus. TRANSFER FACTOR mampu membangkitkan sel T-penindas dari tidur dan mengawal gerak balas imun dari menyerang sel tubuh dan seterusnya menghindar kita dari mendapat penyakit autoimun.

Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita seperti yang ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta (Al-Khaaliq), kita perlu menjaga kesihatannya. Ia perlukan Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik. TRANSFER FACTOR RIOVIDA membekalkan antioksidan dan TRANSFER FACTOR yang diperlukan oleh tubuh kita..

Sekiranya anda merasakan anda tidak perlu mengambil permakanan tambahan untuk kekal sihat sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengenai amalan permakanan kita.

Sumber dipetik daripada http://www.kesihatan.biz/artikel/imun.php

Kita sering terdedah kepada semua penceroboh asing ini yang menjadi punca kepada masalah kesihatan masa kini


Antibiotik dan Kesannya

Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 – tapi tak popular), Penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas di seluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh – Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii….. :) )
Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.
2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh Lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “Candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan… ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab…
a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.
“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

“Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok”.

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.

Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria… Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

sumber dipetik daripada Blog Dr Azwan

Tugas Sistem Imun







Sistem Imun adalah pertahanan awal yang melawan semua ancaman penyakit dan gangguan luar terhadap pertahanan badan.

TUGAS SISTEM IMUN anda adalah melindungi anda daripada jangkitan virus, bakteria dan jangkitan lain seumpamanya. Ia melindungi anda melalui 3 cara utama:

1-ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki tubuh

2-jika bakteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan dan menyingkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan merebak.

3-jika virus atau bakteria mula merebak dan menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh mengesan kanser pada peringkat awal dan menyingkirkannya. 

Apabila bakteria atau virus memasuki tubuh anda dan membiak, ia menghasilkan kesan sampingan yang menjadikan anda sakit. Contohnya bakteria Streptokokus menyebabkan radang tekak. Virus pula pula membebaskan toksin yang memusnahkan sel2 saraf dan menyebabkan kelumpuhan. Jangkitan virus dan bakteria merupakan punca biasa penyakit. Contohnya demam, campak, beguk, malaria dan AIDS

Bagaimana Sistem Imun menjadi lemah?

1-RAWATAN PERUBATAN- Antibiotik, Suntikan vaksin, X-Ray, Kimoterapi
2-PEMBEDAHAN TIDAK PERLU - membuang Tongsil dan Apendiks
3-MAKANAN YANG MEMUDARATKAN-Gula, Susu Lembu, Lemak dan Minyak, Makanan Tiruan
4-PERSEKITARAN- Radiasi Elektro Magnet, Radiasi Ultraungu, Radiasi Pengionan, Asap Ekzos Kenderaan
5- GAYA HIDUP-Tekanan, Tidur Lewat, Alkohol, Merokok
6-BAHAN KIMIA- Bahan Penampal Gigi, Bahan2 Kimia Pengganggu, Plastik dan Cat Endoktrin, Kosmetik

Oleh itu tingkatkan sistem imun bagi pencegahan dan pemulihan penyakit dan kesempurnaan sistem badan. TRANSFER FACTOR telah diuji sains dan terbukti dapat menjalankan tugas ini. Penjagaan kesihatan tiada kompromi.


Sumber Info dari Majalah Potensi Edisi-17

LOKASI 4LIFE/ PEJABAT

Malaysia

ForLife Research Sdn. BhdCo. No. 575339-A
AJL No. 931508


4LIFE OFFICES

PETALING JAYA (HQ)
Unit 5.02, Amcorp Tower
18, Jalan Persiaran Barat
46050 Petaling Jaya, Selangor
Mon - Fri: 12.00pm - 9.30pm  Sat: 12.00pm - 7.00pm
Tel: 603-7629 6800
Fax: 603-7629 6888
Email: malaysiacs@4life.com


SEREMBAN
73-B & 73B-1, Lorong Haruan 5/3
Oakland Commerce Square
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Mon - Fri: 12.00pm - 9.30pm  Sat: 10.00pm - 4.00pm 
 Tel:  06-632 3919
Fax:  06-632 3929


JOHOR BAHRU
Unit 13A.05, Level 13A
Menara Pelangi, Jalan Kuning
Taman Pelangi
80400 Johor Bahru, Johor
Mon - Fri: 12.00pm - 9.30pm  Sat: 10.00pm - 4.00pm 
Tel:  07-332 7351
Fax:  07-335 3351
  

KOTA BHARU
Lot 270, Tingkat Bawah & Tingkat 1
Seksyen 24, Jalan Sultan Yahya Petra 
15200 Kota Bharu, Kelantan 
Mon - Fri: 1.00pm - 9.30pm  Sat: 12.00pm - 7.00pm 
Tel:  09-743 1178
Fax:  09-744 1178


 KOTA KINABALU
Lot 150, Ground & 1st Floor, Block T
Lorong Plaza Permai 1, Alamesra
Sulaiman-Coastal Highway
88400 Kota Kinabalu, Sabah
 Mon - Fri: 12.00pm - 9.30pm  Sat: 10.00pm - 4.00pm 
Tel:  088-484 382
Fax:  088-485 212



 4LIFE PICK-UP CENTERS

ALOR SETAR
No. 123 Tingkat Bawah
Kompleks Sultan Abdul Hamid
Susuran Sultan Abdul Hamid
05050 Alor Setar, Kedah
Mon - Fri: 1.00pm - 9.30pm  Sat: 10.00am - 4.00pm

Tel:  04-771 9899  
Fax:  04-772 0006


SUNGAI PETANI
Lot 3A, 1st Floor
Jalan Permatang Gedong

Taman Sejati Indah
08000 Sungai Petani, Kedah
Mon - Fri: 1.00pm - 9.30pm  Sat: 10.00am - 4.00pm
Tel:  04-431 1988
Fax:  04-431 1788



MUAR
5-10, 1st Floor, Jalan Hj Jaib
84000 Muar, Johor
Mon - Fri: 1.00pm - 9.30pm  Sat: 10.00am - 4.00pm 
 Tel:  06-952 9003
Fax:  06-952 9002


KUANTAN
41, Ground Floor
Jalan Putra Square 3
Putra Square
25200 Kuantan, Pahang
 Mon - Fri:  1.00pm - 9.30pm  Sat:  10.00am - 4.00pm
Tel:  09-517 3233
Fax:  09-517 3228


KUALA TERENGGANU
Lot 3187K, Tingkat Bawah
Kompleks Permint Harmoni
Jalan Batas Baru
20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Mon - Fri:  1.00pm - 9.30pm  Sat:  12.00noon - 7.00pm
Tel:  09-631 8313
Fax:  09-631 8311


KUCHING
Lot 433, 1st Floor
Travilion Commercial Centre
Jalan Abell
93100 Kuching, Sarawak
Mon - Fri:  1.00pm - 9.30pm  Sat:  10.00am - 4.00pm
Tel:  082-233 820
Fax:  082-237 790



MIRI
Lot 1339, Ground Floor
Jalan Sri Dagang
Miri Waterfront Commercial Centre
98000 Miri, Sarawak
 
Mon - Fri:  
1.00pm - 9.30pm  Sat:  10.00am - 4.00pm
Tel:  085-418 870
Fax:  085-418 159




4LIFE TEMPORARY PICK-UP SERVICE POINTS

PENANG
CITY-LINK Express
No. 31, Jalan Zainal Abidin
Georgetown, 10400 Penang
Mon - Fri: 12.00pm - 7.00pm  Sat: 12.00pm - 4.00pm
Tel: 04-227 8488



IPOH
CITY-LINK Express
29 Jalan Raja Perempuan Mazwin
Taman Rishah, 30100 Ipoh, Perak
Mon - Fri: 12.00pm - 7.00pm Sat: 12.00pm- 4.00pm
Tel: 05-529 0976


KLUANG
ICON Computer
6GA/GB, Block E
Medan Kota Johbase
86000 Kluang, Johor
Mon - Fri: 12.00pm - 7.00pm  Sat: 12.00pm - 4.00pm
Tel: 07-776 0815


SANDAKAN
CITY-LINK EXPRESS SDN BHD
Ground Floor, Lot 1
Block B, Taman Grandview (Phase 2)
90000 Sandakan, Sabah
Mon - Fri: 12.00pm - 6.00pm  Sat: 12.00pm - 3.00pm
Tel: 089-214 206


SIBU

8-D Lorong Maludan Barat 2-A
96000 Sibu, Sarawak
Mon - Fri: 5.30pm - 9.30pm  Sat: 12.00pm - 4.00pm
Tel: 084-213 700


TAWAU
CITY-LINK Express Sdn Bhd
TB 12676, Lot 1A, Ground Floor
Jade Industries Park, Mile 3, Jalan Apas
91000 Tawau, Sabah
Mon - Fri: 12.00pm - 6.00pm   Sat: 12.00pm - 3.00pm
Tel: 089-912 519 / 572



Singapore

10 Eunos Road 8, #12-10
Singapore Post Centre
Singapore 408600
Mon - Fri:  12.00pm - 9.30pm  Sat:  10.00am - 5.00pm
Tel:  (65) 6735 2988
Fax:  (65) 6733 7688



 Antarabangsa

4Life mempunyai cawangan-cawangan serata dunia.  Sila lawati laman web ini untuk senarai pejabat mengikut turutan negara: